Tuesday 27 December 2011

Migrasi





-Sejarah menunjukkan aliran migrasi antarabangsa

-iaitu perpindahan masyarakat miskin ke negara kaya yang menawarkan pelbagai produk dan pekerjaan

-dapat meningkatkan pembelajaran, pengalaman dan kemudahan teknologi

-penghijrahan yang berlaku anatara masyarakat pemburu dan pertanian

-penerimaan negara destinasi perlu selaras bagi mengelakkan berlaku jenayah

-sekiranya negara destinasi mentapkan cukai yang tinggi meyebabkan berlaku kemasukkan pendatang asing dan pemerdagangan manusia

-negara yang berhijrah juga perlu menjaga tatatertib bagi memberi peluang kepada mereka untuk berhijrah dan diterima oleh negara destinasi

-memberi faedah kepada kedua2 negara dan megurangkan jurang kemiskinan

-globalisasi menjadikan sesebuah negara membangun dari segi berlakunya migrasi.

-berlaku nye kemasukan asing dan menyebabkan terkorban sekiranya kerjasama antara negara tidak berlaku.

-selain itu, jenayah juga akan semakin berleluasa sekiranya negara destinasi tidak membantu golongan pendatang negara luar dan mentapkan cukai masuk yang tinggi kadarannya.

-kerjasama adalah penting dalam sesebuah negara bagi mempastikan negara aman dan mengelakan perpercahan. sakali gus mambantu negara miskin untu membangun pada masa akan datang dan emmberi faedah kepada negara maju dari segi tenaga manusia atau buruh dan sumber2 yang diperlukan.



Aliran Tipologi Migrasi Antarabangsa Kontemporari

-wujudkan undang2 aliran migrasi

-mengikut kemahiran tinggi rendah dan sederhana bagi pengawalan yang berlebihan

-peneroka tetap -iaitu penghijrahan ke sesebuah kawasan yang lain adalah bertujuan untuk menetap dikawasan tersebut dan hanya beberapa buah negara sahaja yg memberi kewarganegaraan terhadap warga asing

-migran ekonomi -menjaga kepentingan negara dan mencari pendatang ekonomi yang berkemahiran dan pnyai ciri-ciri sosio-ekonomi yang dimiliki untuk kekal berkediaman di negara mereka spt Australia, Canada dan New Zealand.

-migran keluarga -penetapan ahli keluarga di kawasan tersebut yang telah diberi kepentingan ekonomi, perlindungan dan sebagainya kemudian ingin menaja ahli keluarga untuk berhijrah ke kawasan tersebut. Hal demikian berlaku rantaian migran keluarga

-pegawai-pegawai dagang yang berkemahiran -negara maju menggunakan program yang berkemahiran kepada para migran iaitu untuk mengisi peluang kerja yang dijalankan. Sabagai contoh, India telah menguasai pasaran antarabangsa kemahiran yang berkaitan dengan teknologi komputer.

-persaingan antara pegawai dagang berkemahiran -ramai yang berkemahiran sama ada dari para migran mahupun penduduk setempat menyebabkan berlaku persaingan. Namun, keadaan demikian membolehkan negara maju meningkatkan penawaran terhadap program-program yang dapat memberi potensi yang sangat mahir dan sekali gus memberi pulangan yang lumayam kepada ekonomi negara maju.

-visa dagang kemahiran tinggi sebagai laluan untuk dapatkan kediaman tetap -program meningkat dan penghijrahan semakin tinggi

-pegawai dagang yang berkemahiran rendah -berusaha menarik golongan ini untuk mendapatkan kemahiran yang baik dari segi program yang dijalankan serta sumber yang mencukupi.melalui sistem pendidikan yang baik dapat menjadikan golongan ini akan berpindah dari berpendapatan rendah kepada sederhana dan dapat meningkatkan pendapatan perkapita mereka.

-pegawai dagang di negara pengeksport minyak Timur Tengah berkemahiran rendah

-pegawai dagang di negara Asia Timur juga golongan berkemahiran rendah

-penyalahgunaan dan eksploitasi golongan migran yang berkemahiran rendah

Saturday 24 December 2011

Bantuan


-Bantuan juga mempunyai perkaitan dalam perbincangan globalisasi kerana ia dapat membantu negara-negara kurang membangun.




-bantuan amat penting dalam menjalankannya dan mula memberi bantuan kepada negara2

-cth : Afghanistan yang menerima jumlah bantuan yang besar

-Kemudian, bantuan mula meningkat dari segi kuantiti dan kualiti

-meliputi dua bahagian:


1. kewangan
-berlakunya pemindahan wang tunai ke negara lain yang bertujuan menyokong program-program supaya lebih berkesan serta yang kekurangan modal. Sumber ini adalah melibatkan anatarabangsa dan selalunya diperoleh daripada Bank Negara.

2. Bukan kewangan
- Bantuan yang diberikan selain wang atau dan seperti bantuan jentera, peralatan,kemudahan teknologi, nasihat,teknikal dan lain-lain dalam membantu negara-negara membangun menjalankan aktiviti mereka.

sejarah aliran bantuan
-ia telah bermula pada dulu kalanya, sama ada dari segi sejarah bantuan moden mahupun penjajahan yang berlaku. Hal demikian, rangsangan serta eksploitasi yang telah dilakukan terhadap negara jajahan adalah merangkumi ekonomi,iaitu ekploitasi hasilan negara jajahan, sediakan modal pelaburan dan bantuan teknikal di negara tersebut.

-selain itu, negara-negara jajahan menerima perubahan atau pembangunan yenag telah dibina oleh penjajah sperti jalan keretapi yang mengeluarkan hasilan bijh, terusan suez dan lain-lain bagi memudahkan jalan perantaraan dan perdagangan kepada merekan, namun penghasilan tersebut membantu negara jajahan dalam sistem kemudahan dan pembangunan.

-jadual yang menunujukkan bantuan asing dalam pembangunan sejarah...


TABLE 5.2 Developments in the History of Foreign Aid
Decade
Dominant or
rising institutions
Donor ideology
Donor focus
Types of aid
1940s
Marshall Plan,
Bretton Woods,
and UN system
Planning
Reconstruction
Program assistance
1950s
United States,
with USSR
Anti- or pro-
Communist, building
regime capacity
Community
development
Food aid and
project-based
financing
1960s
Bilateral programs
Anti- or pro-
Communist, building
regime capacity
Productive sectors
(e.g., Green Revolution),
infrastructure
Technical assistance,
budgetary
support
1970s
Expansion of multilaterals
(World
Bank and IMF)
Building state
capacity, fulfilling
basic needs
Poverty and basic
needs
Import support
1980s
Nongovernmental
organizations
Structural
adjustment
Macroeconomic
reform
Program-based,
debt relief
1990s
Eastern Europe
and Ex-USSR as
recipients
Structural adjustment,
then state
capacity
Macroeconomic
reform and
institutions
Human development
and sectorfocused
assistance
2000s
Security and G-8
agenda
MDGs
Aid effectiveness,
partnership,
coherence
Results measurement,
governance,
post conflict
Budget support,
global programs
(e.g., HIV/AIDS)
Source: Adapted from Hjertholm and White 2000.
Note: MDGs are Millennium Development Goals.

Friday 23 December 2011

Perdagangan







Globalisasi yang sering dikaitkan dengan kemiskinan. Namun demikian, kemiskinan juga dapat dikurangkan melalui globalisasi dan ia bergantung kepada perubahan-perubahan yang berlaku di sesebuah negara. Perdagangan adalah cara atau langkah yang dapat mengurangkan kemiskinan melalui perbincangan buku ini iaitu dari segi perkembangan pasaran. Setelah sesebuah negara miskin menjalankan perdagangan ia akan mewujudkan pasaran yang baik serta hubungan antarabangsa. Peningkatan yang berterusan akan dapat memperkembangkan negara mundur. Selain itu, kewujudan pasaran di negara mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang saling bergantungan antara satu sama lain serta pengangguran semakin berkurang. Perdagangan adalah hubungan antarabangsa sama ada melalui pengeksportan mahupun pengimportan negara-negara membangun dan negara maju. Kewujudan akses pasaran yang baru dapat menggalakkan persaingan serta keadaan ini boleh membantu pengimportan idea-idea dari negara lain serta teknologi yang lebih canggih dalam menigkatkan produktiviti mereka. Sehubungan itu, peningkatan akan semakin berkembang melalui perdagangan. Hal demikian berlaku meliputi aspek-aspek berikut:





Perdagangan Antarabangsa dan Impak Kemiskinan

Perdagangan yang dijalankan melibat aktiviti eksport, keadaan in dapat membantu apabila menyokong intensif buruh, modal insan iaitu dari segi kesihatan dan pendidikan di negara-negara miskin atau membangun. Selain itu, proses eksport juga akan dapat memberi pembelajaran teknologi yang baik kepada pekerja dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan mereka. Namun demikian, ia juga bergantung kepada eksport harga dan perkembangan yang berlaku dalam mengurangkan kemiskinan di negara tersebut.

Pertandingan

Pertandingan yang berlaku adalah melalui persaingan antara negara. Eksport barangan dan perkhidmatan akan meningkatkan harga berdasarkan cukaian yang dikenakan dan ia menggalakkan persaingan antara negara. Pertandingan yang berlaku dalam perdagangan melalui:

a) Peningkatan produktiviti (eksport)
    -pengeksportan yang berlaku dan perkembangannya di negara miskin akan menaiktarafkan teknologi di
     negra tersebut serta pembelajaran dalam perdagangan. Di samping itu, ia dapat meningkatkan pendapatan
     negara melalui penghasilan barangan yang baik serta harga barangan yang telah dieskport ke luar.

b) Peningkatan produtiviti (import)
    -Produktiviti yang semakin meningkat membolehkan negara-negara miskin atau membangun mengimport dari negra luar iaitu penggunaan teknologi yang baru, mesin dan pekerja-pekerja mahir dalam mengekalkan daya saing yang baik.

Kesihatan dan keselamatan

Kepentingan kesihatan di negara-negara membangun perlu diutamakan dalam memberi tenga dan keselamatan kepada penduduk. Dengan kesihatan yang lengkap dapat menjana tenaga-tenga buruh yang baik serta menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi nilaiannya. Melalui perdagangan ini dapat mengksport ubat-ubatan serta produk kesihatan dari negara-negara maju. Oleh demikian, kesihatan lebih meningkat di negara mereka.


Keseluruhannya, perdagangan dapat membantu mengurangkan kemiskinan dari beberapa aspek. Kehidupan yang terjamin di sesebuah negara adalah kelengkapan pembangunan yang baik sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, teknologi dan banyak lagi. Pengaruh globalisasi yang meluas bukan sahaja memberi kesan negatif serta mewujudkan jurang kemiskinan namun juga membantu mengurangkan kemiskinan berdasarkan pengaplikasian yang baik dan terancang dalam sesebuah pembangunan.

Tuesday 20 December 2011

Kewangan







Dalam dunia pembangunan, kewangan adalah penting dalam membentuknya. Sumber kewangan yang diperoleh dapat mengurangkan kemiskinan dan membangunkan negara. 


Kewangan penting dari segi :
- sumbangan pelaburan
-pertumbuhan
-kewangan pembangunan
-kurangkan kemiskinan


Kewangan yang diperolehi sesebuah negara melaului aliran modal dan imbangan pembayaran.


Cara-cara untuk mengaplikasikan aliran modal iaitu :


-pelaburan langsung asing

  • menyediakan kewangan
  • menggalakkan perdagangan
  • menyumbangkan teknologi kepada negara membangun bantuan

-portfolio pelaburan ekuiti

  • sama dengan pelaburan langsung asing
  • berbeza dalam pegangan saham
  • pelaburan yg dilakukan atas sebab-sebab portfolio dan bukan pengurusan

-bon kewangan

  • juga dikenali terbitan hutang
  • melibatkan risiko
  • sama dengan portfolio pelaburan ekuiti

-bank pinjaman komersial

  • bentuk hutang dan berbeza dgn bon kewangan (tdk melibatkan aset)
  • dalam bentuk pinjaman bank
  • berperanan dalam krisis kewangan

-impak aliran modal

  • proses kewangan dalam pembagunan secara keseluruhan



Monday 14 November 2011



-antara kemiskinan di negara sedang membangun.


-pembangunan ekoran globalisasi



-pembangunan yang semakin berteknologi



-pertanian yang boleh membawa kepada aktiviti perdagangan di sesebuah negara, sekaili gus dapat menambah pendapatan negara serta inidividu sendiri

Sunday 30 October 2011

globalisasi dan kemiskinan

Globalisasi dan kemiskinan yang dikatakan berkait antara satu sama lain. Dimensi yang wujud dalam globalisasi adalah tahap pendapatan yang rendah, kesihatan yang kurang, pendidikan rendah, pemerkasaan serta keadaan kerja. Dimensi-dimensi ini yang boleh membawa kepada kemiskinan namun mengikut komodenan yang telah berlaku selepas perang dunia kedua. Hal ini boleh membantu pembasmian kemiskinan terhadap sesebuah negara yang mana meliputi beberapa aspek iaitu:

* perdagangan
* kewangan
* bantuan
* migrasi
*idea / pendapat

* perdagangan
   - perdagangan adalah pertukaran barangan dan perkhidmatan di negara dunia ekonomi serta penglibatan negara membangun sebagai pengekport dalam negara global meningkat dalam pertengahan 1980-an, walaupun dalam perkhidmatan masih dianggap lemah. Peningkatan perdagangan ini boleh membantu membasmi kemiskinan melalui mewujudkan peluang pekerjaan, persaingan yang meningkat, peningkatan dalam kesihatan dan pendidikan dan pembelajaran dalam teknologi. 

* kewangan
   - Kewangan global dalam bentuk aliran modal yang melibatkan aset atau kewangan secara persendirian atau agensi awam yang dibincangkan adalah melalui empat jenis aliran modal iaitu Foreign direct investment (FDI) iaitu pengambilalihan sebahagian daripada syarikat. Manakala, Equity portfolio investment pula lebih kurang sama dengan FDI yang melibatkan pemilikan saham dan perusahaan asing namun berbeza kerana dilaksanakan atas sebab2 portfolio bukan  pengurusan serta tingkahlakunya berbeza. Bon Finance  adalah penerbitan hutang yang melibatkan firma serta kerajaan yang menerbitkan bon kepada pelabur asing dan ia membawa risiko. Commercial bank lending juga bentuk hutang tetapi tidak melibatkan aset. Aliran modal swasta meningkat pada 1990-an tetapi menurun ekoran krisis yang berlaku di Asia pada 1997. Dari sudut membasmi kemiskinan, aliran modal boleh membantu untuk menggerakkannya dan menggunakan simpanan, membagunkan sektor kewangan dan pemindahan teknologi serta ia boleh juga uruskan pelbagai jenis risiko dan salurkan dana selaras dengan prestasi  pengurus firma. FDI boleh menyumbang dalam pembasmian kemiskinan apabila disokong dalam penjanaan pekerjaan baru, galakkan persaingan, meningkatkan pendidikan dan latihan pekerja dan pemindahan baru teknologi.

* bantuan
   - Keadaan ini boleh membiayai pelaburan dalam infrastruktur dan perkhidmatan, menambah keupayaan dalam kesihatan dan pendidikan dan menyediakan akses kepada idea-idea dalam polisi.

* Migrasi
   - Penghijrahan manusia yang berlaku iaitu untuk melarikan diri daripada kemiskinan atau berhijrah ke sesebuah tempat yang lebih membangun dan mempunyai pelbagai kemudahan serta taraf pendidikan dan pekerjaan. Penghijrahan ini sedikit sebanyak boleh membantu pembasmian kemiskinan namun, setelah berlaku kegiatan jenayah yang semakin meningkat kuatkuasa terhadap pasport dijalankan bagi mengurangkan  migrasi atau penghijrahan ini.

*idea
 - Idea adalah pengaruh utama dalam pembangunan yang mana harta intelek untuk dipelihara bagi mendapatkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Penilaian dan penyesuian memerlukan keupayaan dalam bentuk kemahiran dan pembelajaran yang dapat dijadikan lambing dalam pembasmian kemiskinan.

Secara keseluruhannya, kepentingan dimensi ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kemiskinan dalam globalisasi tetapi bagi membantu globalisasi ke arah pembangunan sesebuah negara. Sehubungan itu, globalisasi juga dapat membentuk pembangunan yang baik sekiranya diaplikasikan dengan idea yang berkesan.

Monday 26 September 2011


globalisasi???



Globalisasi mempunyai makna yang universal. Ada yang memandang globalisasi sebagai proses sosial atau proses sejarah yang mana membawa seluruh negara didunia ini terikat antara satu sama lain yang mana menyingkirkan batas-batas geografi, ekonomi dan budaya masyarakat. Hal ini juga boleh diistilahkan sebagai dunia tanpa sempadan. Keadaan ini dapat menyatukan antara masyarakat dalam setiap negara dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki pada zaman kini. Namun, dengan berlakunya proses globalisasi maka negara semakin bertambah maju dan moden. Selain itu, kemudahan yang diperolehi dapat membangunkan negara dengan baik serta memberi pelbagai kemudahan kepada masyarakat. Di samping wujud pelbagai kebaikan, tidak dilupakan pada keburukan yang menimpa ekoran globalisasi. Walaubagaimana pun, setiap perkara pasti ada kelamahan atau keburukan.....