Monday 26 September 2011


globalisasi???



Globalisasi mempunyai makna yang universal. Ada yang memandang globalisasi sebagai proses sosial atau proses sejarah yang mana membawa seluruh negara didunia ini terikat antara satu sama lain yang mana menyingkirkan batas-batas geografi, ekonomi dan budaya masyarakat. Hal ini juga boleh diistilahkan sebagai dunia tanpa sempadan. Keadaan ini dapat menyatukan antara masyarakat dalam setiap negara dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki pada zaman kini. Namun, dengan berlakunya proses globalisasi maka negara semakin bertambah maju dan moden. Selain itu, kemudahan yang diperolehi dapat membangunkan negara dengan baik serta memberi pelbagai kemudahan kepada masyarakat. Di samping wujud pelbagai kebaikan, tidak dilupakan pada keburukan yang menimpa ekoran globalisasi. Walaubagaimana pun, setiap perkara pasti ada kelamahan atau keburukan.....