Sunday 30 October 2011

globalisasi dan kemiskinan

Globalisasi dan kemiskinan yang dikatakan berkait antara satu sama lain. Dimensi yang wujud dalam globalisasi adalah tahap pendapatan yang rendah, kesihatan yang kurang, pendidikan rendah, pemerkasaan serta keadaan kerja. Dimensi-dimensi ini yang boleh membawa kepada kemiskinan namun mengikut komodenan yang telah berlaku selepas perang dunia kedua. Hal ini boleh membantu pembasmian kemiskinan terhadap sesebuah negara yang mana meliputi beberapa aspek iaitu:

* perdagangan
* kewangan
* bantuan
* migrasi
*idea / pendapat

* perdagangan
   - perdagangan adalah pertukaran barangan dan perkhidmatan di negara dunia ekonomi serta penglibatan negara membangun sebagai pengekport dalam negara global meningkat dalam pertengahan 1980-an, walaupun dalam perkhidmatan masih dianggap lemah. Peningkatan perdagangan ini boleh membantu membasmi kemiskinan melalui mewujudkan peluang pekerjaan, persaingan yang meningkat, peningkatan dalam kesihatan dan pendidikan dan pembelajaran dalam teknologi. 

* kewangan
   - Kewangan global dalam bentuk aliran modal yang melibatkan aset atau kewangan secara persendirian atau agensi awam yang dibincangkan adalah melalui empat jenis aliran modal iaitu Foreign direct investment (FDI) iaitu pengambilalihan sebahagian daripada syarikat. Manakala, Equity portfolio investment pula lebih kurang sama dengan FDI yang melibatkan pemilikan saham dan perusahaan asing namun berbeza kerana dilaksanakan atas sebab2 portfolio bukan  pengurusan serta tingkahlakunya berbeza. Bon Finance  adalah penerbitan hutang yang melibatkan firma serta kerajaan yang menerbitkan bon kepada pelabur asing dan ia membawa risiko. Commercial bank lending juga bentuk hutang tetapi tidak melibatkan aset. Aliran modal swasta meningkat pada 1990-an tetapi menurun ekoran krisis yang berlaku di Asia pada 1997. Dari sudut membasmi kemiskinan, aliran modal boleh membantu untuk menggerakkannya dan menggunakan simpanan, membagunkan sektor kewangan dan pemindahan teknologi serta ia boleh juga uruskan pelbagai jenis risiko dan salurkan dana selaras dengan prestasi  pengurus firma. FDI boleh menyumbang dalam pembasmian kemiskinan apabila disokong dalam penjanaan pekerjaan baru, galakkan persaingan, meningkatkan pendidikan dan latihan pekerja dan pemindahan baru teknologi.

* bantuan
   - Keadaan ini boleh membiayai pelaburan dalam infrastruktur dan perkhidmatan, menambah keupayaan dalam kesihatan dan pendidikan dan menyediakan akses kepada idea-idea dalam polisi.

* Migrasi
   - Penghijrahan manusia yang berlaku iaitu untuk melarikan diri daripada kemiskinan atau berhijrah ke sesebuah tempat yang lebih membangun dan mempunyai pelbagai kemudahan serta taraf pendidikan dan pekerjaan. Penghijrahan ini sedikit sebanyak boleh membantu pembasmian kemiskinan namun, setelah berlaku kegiatan jenayah yang semakin meningkat kuatkuasa terhadap pasport dijalankan bagi mengurangkan  migrasi atau penghijrahan ini.

*idea
 - Idea adalah pengaruh utama dalam pembangunan yang mana harta intelek untuk dipelihara bagi mendapatkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Penilaian dan penyesuian memerlukan keupayaan dalam bentuk kemahiran dan pembelajaran yang dapat dijadikan lambing dalam pembasmian kemiskinan.

Secara keseluruhannya, kepentingan dimensi ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kemiskinan dalam globalisasi tetapi bagi membantu globalisasi ke arah pembangunan sesebuah negara. Sehubungan itu, globalisasi juga dapat membentuk pembangunan yang baik sekiranya diaplikasikan dengan idea yang berkesan.