Friday 23 December 2011

Perdagangan







Globalisasi yang sering dikaitkan dengan kemiskinan. Namun demikian, kemiskinan juga dapat dikurangkan melalui globalisasi dan ia bergantung kepada perubahan-perubahan yang berlaku di sesebuah negara. Perdagangan adalah cara atau langkah yang dapat mengurangkan kemiskinan melalui perbincangan buku ini iaitu dari segi perkembangan pasaran. Setelah sesebuah negara miskin menjalankan perdagangan ia akan mewujudkan pasaran yang baik serta hubungan antarabangsa. Peningkatan yang berterusan akan dapat memperkembangkan negara mundur. Selain itu, kewujudan pasaran di negara mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang saling bergantungan antara satu sama lain serta pengangguran semakin berkurang. Perdagangan adalah hubungan antarabangsa sama ada melalui pengeksportan mahupun pengimportan negara-negara membangun dan negara maju. Kewujudan akses pasaran yang baru dapat menggalakkan persaingan serta keadaan ini boleh membantu pengimportan idea-idea dari negara lain serta teknologi yang lebih canggih dalam menigkatkan produktiviti mereka. Sehubungan itu, peningkatan akan semakin berkembang melalui perdagangan. Hal demikian berlaku meliputi aspek-aspek berikut:





Perdagangan Antarabangsa dan Impak Kemiskinan

Perdagangan yang dijalankan melibat aktiviti eksport, keadaan in dapat membantu apabila menyokong intensif buruh, modal insan iaitu dari segi kesihatan dan pendidikan di negara-negara miskin atau membangun. Selain itu, proses eksport juga akan dapat memberi pembelajaran teknologi yang baik kepada pekerja dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan mereka. Namun demikian, ia juga bergantung kepada eksport harga dan perkembangan yang berlaku dalam mengurangkan kemiskinan di negara tersebut.

Pertandingan

Pertandingan yang berlaku adalah melalui persaingan antara negara. Eksport barangan dan perkhidmatan akan meningkatkan harga berdasarkan cukaian yang dikenakan dan ia menggalakkan persaingan antara negara. Pertandingan yang berlaku dalam perdagangan melalui:

a) Peningkatan produktiviti (eksport)
    -pengeksportan yang berlaku dan perkembangannya di negara miskin akan menaiktarafkan teknologi di
     negra tersebut serta pembelajaran dalam perdagangan. Di samping itu, ia dapat meningkatkan pendapatan
     negara melalui penghasilan barangan yang baik serta harga barangan yang telah dieskport ke luar.

b) Peningkatan produtiviti (import)
    -Produktiviti yang semakin meningkat membolehkan negara-negara miskin atau membangun mengimport dari negra luar iaitu penggunaan teknologi yang baru, mesin dan pekerja-pekerja mahir dalam mengekalkan daya saing yang baik.

Kesihatan dan keselamatan

Kepentingan kesihatan di negara-negara membangun perlu diutamakan dalam memberi tenga dan keselamatan kepada penduduk. Dengan kesihatan yang lengkap dapat menjana tenaga-tenga buruh yang baik serta menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi nilaiannya. Melalui perdagangan ini dapat mengksport ubat-ubatan serta produk kesihatan dari negara-negara maju. Oleh demikian, kesihatan lebih meningkat di negara mereka.


Keseluruhannya, perdagangan dapat membantu mengurangkan kemiskinan dari beberapa aspek. Kehidupan yang terjamin di sesebuah negara adalah kelengkapan pembangunan yang baik sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, teknologi dan banyak lagi. Pengaruh globalisasi yang meluas bukan sahaja memberi kesan negatif serta mewujudkan jurang kemiskinan namun juga membantu mengurangkan kemiskinan berdasarkan pengaplikasian yang baik dan terancang dalam sesebuah pembangunan.

No comments:

Post a Comment