Saturday 14 January 2012

KONSEP DAN TEORI GLOBALISASI


n  
Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada “rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance.”

n  Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana “There are other trends driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such trend.”

n  Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England juga menolak pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah.

n  Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda boleh diglobalisasikan. Antaranya, “goods, services, money, people, information, effects on the international order as well as less tangible things such as ideas, behavioural norms and cultural practices.”

n  Selaras dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini, CSGR mempunyai dua pandangan terhadap fenomena itu. Pertama, globalisasi dilihat sebagai satu himpunan proses. Globalization is “the emergence of a set of sequences and processes that are increasingly unhindered by territorial or jurisdictional barriers and that indeed enhance the spread of trans-border practices in economic, political, cultural and social domains.”

n  Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana. Globalization is “a discourse of political and economic knowledge offering one view of how to make the post-modern world manageable
n  David Loy, seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo, Jepun dan salah seorang pembentang kertas di Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat globalisasi sebagai “a complex set of developments: economic, political, technological and cultural.”

n  Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan yang sama telah membuat kesimpulan berikut: “Globalization refers to the interconnectedness of human activity on a global scale, to the unprecendented flows of capital and labour, technology skills, ideas and values across state and national boundaries, but in ways which neither states nor nations can adequately control.”

n  Akhirnya, memandangkan bahawa globalisasi ekonomi pada umumnya dianggap sebagai teras fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingin diturunkan di sini satu definisinya yang dikira dapat membantu kita merumuskan erti dan ciri-ciri globalisasi secara komprehensif.

PENGARUH GOBALISASI

n  Menurut Chandra, aspek positif globalisasi 
(1) peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara,

(2) peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah,

(3) peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi dan maklumat,

(4) komunikasi yang lebuh mudah dan juga murah,

(5) peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi,

(6) peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia,

(7) penonjolan idea-ide dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia dan akhir sekali

 (8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

n  maka kita dapati bahawa sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial.

n  Dari segi keburukan globalisasi
1. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. 
       
2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan

4. Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.

5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatann yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.

6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.

7. Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.

8. Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.

9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.

10. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

11. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia.

            12. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

            13. Pengantarabangsaan penyakit.

-oleh demikian globalisasi juga mempengaruhi peradaban selain memberi pengurangan dan peningkatan terhadap kemiskinan. Namun melalui keadaan ini pembangunan sering berkembang ekoran peningkatan globalisasi yang semakin pesat dan pembangunan adalah penting dalam memajukan negara dan melahirkan masyarakat dan generasi yang bermaklumat tinggi.

No comments:

Post a Comment