Sunday 15 January 2012

teknologi maklumat ekoran globalisasi

Pengangkutan

Pengangkutan Jalan
-Kemunculan kenderaan bistari dalam Lebuh-Raya Bersistem Automasi(LBA) masa depan yang berupaya mengurangkan 1.2 juta pelanggaran setiap tahun, menyelamatkan beribu-ribu nyawa, serta menjimatkan berjuta-juta ringgit akibat kemalangan.

-Namun isu timbul merujuk kepada penerimaan masyarakat terhadap sistem sebegini.

-Seperti diketahui, komputer kadangkala gagal mengawal dan boleh cetuskan kemalangan

-bukan senang mewujudkan lebuh-raya bersistem automasi , Amerika Syarikat telah memulakan penyelidikan dan pembangunan sejak 1991 dan ia masih dalam proses.

-Untuk menyokong lebuh-raya tersebut, pelbagai teknologi diperlukan untuk memandu kenderaan dan mengawal sistem lalulintas

- Sistem Pengangkutan Pintar, sesetengah teknologi ini telah dipasarkan

-Kenderaan Pintar diperlukan untuk membantu pengendalian kenderaan, persekitaran dan memberi amaran terhadap masalah kesesakan.

-Salah satu elemen kenderaan pintar adalah Anti Lock Braking System(ABS) yang menghalang tayar kenderaan mengunci dirinya dalam keadaan perhentian panik.

-salah satu elemen penting untuk mewujudkan LBA adalah Sistem Kedudukan Global.

- Dengan wujudnya sistem ini, peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan anda.

-Sistem Pemanduan Kenderaan telah mula dipasarkan di Amerika Syarikat.

-Untuk lengkapkan lagi LBA, Sistem Pengurusan Kesesakan diperlukan untuk mengenalpasti kesesakan.

-Antara tahun 1985 dan 1994, bandar Lexington, Kentucky telah menggunakan sistem lalulintas berkomputer untuk mengurangkan lalulintas henti-jalan sebanyak 40% serta mengurangkan pelanggaran sebanyak 30%(Meyer, 1999).

-LBA dikritik akan memburukkan lagi masalah kesesakan dalam jangka panjang.

-LBA direkabentuk untuk mengurangkan kesesakan dengan cara mengerakkan kenderaan secara lebih padat.

-ia seakan-akan menambahkan lorong dalam lebuh-raya dan menyelesaikan masalah kesesakan dalam jangka pendek.

-Secara logiknya, apabila lorong menjadi banyak, ia akan menggalakkan lebih banyak penggunaan kenderaan.

-Sekiranya LBA membawa kepada pengembagan keupayaan menampung kenderaan yang tinggi maka kita akan kembali kepada masalah asal kesesakan.



Pengangkutan Udara
-Sekiranya lalulintas udara terus meningkat pada kadar dewasa ini, pada tahun 2010, ia akan sampai kebarangkalian satu kemalangan utama setiap minggu.

-teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselamatan yang lebih, berkait dengan rekabentuk, juruterbang, sistem pemanduan dan lalulintas udara (Meyer, 1999)

Pengangkutan Laut
-kewujudan Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB), pelayar-pelayar dengan mudah boleh menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah.

-Kedudukan pelayar tersebut akan ditentukan melalui Sistem Kedudukan Global dan bantuan akan dihantar secepat mungkin.

-Namun masalah komputer seperti Y2K boleh memberi pengaruh negatif terhadap sistem tersebut.

-Kecacatan ataupun dilemma komputer boleh mencacatkan sistem kedudukan global dan menyebabkan kapal-kapal menghadapi masalah penentuan lokasi(Star, 21-8-1999).

No comments:

Post a Comment